Khamis, 1 Mei 2014

Karnival Kerjaya Selama, 2014


KARNIVAL KERJAYA SELAMA, 2014

                                               Tarikh  : 3 Mei 2014 (Sabtu)
                                               Masa    : 8.30 pg - 3.00 ptg
                                              Tempat  : Dataran Selama, Perak
                                              *Dirasmikan oleh EXCO Sumber Manusia Negeri Perak.

Aktiviti :
- Ceramah kerjaya & bengkel penulisan resume
-Temuduga terbuka pelbagai jawatan
-Pertandingan mewarna kanak-kanak
-Pameran & jualan
-Ganti minyak pelincir motor (percuma) 200 peserta terawal

Program ini dilaksanak oleh PEKA dengan kerjasama Yayasan Perak dan sokongan dari Jabatan Kerajaan di Daerah Selama.

-SEMUA DIJEMPUT HADIR-

PDK Nur Gemilang, Selama

Pusat Pemulihgan Dalam Komuniti (PDK) Nur Gemilang , Selama telah mengadakan mesyuarat agung kali Ke-2 pada 3 April 2014 yang lalu. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ajk sedia ada, penyelia dan sukarelawan PDK, serta Pegawai JKM daerah LMS.

Mesyuarat pada hari itu telah bersetuju dengan cadangan melantik Penghulu Mukim Selama sebagai Pengerusi PDK yang baru menggantikan Penghulu Mukim Ijok yang telah menjalankan tugas selama 2 tahun.

Dengan perlantikan itu, diharap semua ajak yang telah disenaraikan akan dapat memberi komitmen dan kerjasama yang jitu memandangkan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melonjakkan PDK tersebut ke aras yang dapat dibanggakan.

Selasa, 8 April 2014

Perlantikan Ketua Kampung Bagi Sesi 2014-2016

Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak bagi sesi 2014-2016 telah bermula pada 1 April 2014. Bagi Mukim Selama senarai Ketua Kampung terkini adalah seperti berikut :-

1. Kampung Medan - En. Shaari b. Mohd Nasir (penyandang)
2. Kampung Ulu Mengkuang - En. Mat Rahim b. Ideris (penyandang)
3. Kampung Bukit Torak - Mohamad Razman b. Ibrahim (penyandang)
4. Kampung Sungai Malau - Hj Abdul Hamid b. Abul Hassan (penyandang)
5. Kampung Sungai Dendang - En. Mohd Salleh b. Mahmud (lantikan baru)
6. Kampung Belia Khas Pondok Tanjung - Hj. Zalkepli b. Mohd (lantikan baru)
7. Kampung Sungai Jambu - En. Mohd Jantan b. Abu Hasan (lantikan baru)
8. Kampung Gua Petai - Abdul Rahim b. Chek ( lantikan baru)
9. Kampung Batu Tiga - kosong (belum diisi)
10.Kampung Tebing Tinggi Kubu Gajah - kosong (belum diisi)

Pentadbiran ini merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan ketua kampung yang berkenaan dan kepada yang dilantik semula / baru dilantik, diucapkan selamat menjalankan tugas.

Khamis, 20 Februari 2014

Cuaca Panas

Pada musim cuaca panas sekarang, anda dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar yang tidak berfaedah. Pastikan anak- anak anda tidak terlalu terdedah kepada matahari dan banyakan minum air.
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Pejabat Penghulu Mukim Selama.

Perkhidmatan Ketua Kampung

Pentadbiran ini ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Ketua Kampung sedia ada di Mukim Selama adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2014. 

Bermula bulan April 2014, mereka yang dilantik semula akan meneruskan perkhidmatan, sementara nama-nama yang tidak terpilih akan digantikan dengan Ketua Kampung yang baharu.

Pelantikan Ketua Kampung Negeri Perak adalah beradasarkan garis panduan proses pencalonan dan pemilihan yang ditetapkam oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pertukaran Pegawai Daerah LMS

Dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Harun b. Rawi telah bertukar ke Majlis Bandaraya Ipoh kerana dinaikkan pangkat sebagai Datuk Bandar Ipoh. Beliau yang terkenal dengan ketegasan dan komitmen kerja yang tinggi telah banyak menyumbang kepada pembangunan fizikal dan kemasyarakatan di daerah ini. Pentadbiran ini mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. 

Kekosongan jawatan Pegawai Daerah telah diisi oleh Y.Bhg Encik Kamaruddin b. Awang yang bertukar dari Pejabat Daerah Kerian bermula 1 Februari 2014.

Selasa, 18 Februari 2014

Terima Kasih Tok Penghulu

Ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Lathpi b. Haji Hishim yang menjalankan tugas bagi pihak Pentadbiran Mukim Selama. 

Beliau bertugas di Pejabat Penghulu Mukim Selama bermula 20 Januari 2014 hingga 14 februari 2014 kerana saya mengambil cuti kursus sambilan . 

Beliau adalah Penghulu ( I ) Mukim Ulu Selama. Penghulu (II) Mukim Ulu Selama adalah Encik Azmi b. Ahmad. Semoga kerjasama berterusan.