Rabu, 25 Disember 2013

BR1M 2014

Makluman :

Borang BR1M 2014 boleh didapati di Pejabat Daerah, Pejabat JKM dan Pejabat Penghulu. Tarikh akhir permohonan setakat ini akhir Januari 2014.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan pemohon dan salinan kad pengenalan pasangan jika telah berkahwin.

Sekian dimaklumkan.

Lawatan Ketua-ketua kampung dan JKKK Mukim Selama ke Negeri Melaka Bersejarah

Ketua-ketua kampung dan JKKK Mukim Selama telah mengadakan lawatan ke Negeri Melaka pada 22 hingga 24 Disember 2013. Lawatan ini melibatkan 160 orang peserta / 4 buah bas persiaran. Peserta lawatan amat berpuashati dengan program ini dan berharap agar ianya diadakan lagi pada masa akan datang.