Khamis, 20 Februari 2014

Cuaca Panas

Pada musim cuaca panas sekarang, anda dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar yang tidak berfaedah. Pastikan anak- anak anda tidak terlalu terdedah kepada matahari dan banyakan minum air.
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Pejabat Penghulu Mukim Selama.

Perkhidmatan Ketua Kampung

Pentadbiran ini ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Ketua Kampung sedia ada di Mukim Selama adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2014. 

Bermula bulan April 2014, mereka yang dilantik semula akan meneruskan perkhidmatan, sementara nama-nama yang tidak terpilih akan digantikan dengan Ketua Kampung yang baharu.

Pelantikan Ketua Kampung Negeri Perak adalah beradasarkan garis panduan proses pencalonan dan pemilihan yang ditetapkam oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pertukaran Pegawai Daerah LMS

Dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Harun b. Rawi telah bertukar ke Majlis Bandaraya Ipoh kerana dinaikkan pangkat sebagai Datuk Bandar Ipoh. Beliau yang terkenal dengan ketegasan dan komitmen kerja yang tinggi telah banyak menyumbang kepada pembangunan fizikal dan kemasyarakatan di daerah ini. Pentadbiran ini mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. 

Kekosongan jawatan Pegawai Daerah telah diisi oleh Y.Bhg Encik Kamaruddin b. Awang yang bertukar dari Pejabat Daerah Kerian bermula 1 Februari 2014.

Selasa, 18 Februari 2014

Terima Kasih Tok Penghulu

Ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Lathpi b. Haji Hishim yang menjalankan tugas bagi pihak Pentadbiran Mukim Selama. 

Beliau bertugas di Pejabat Penghulu Mukim Selama bermula 20 Januari 2014 hingga 14 februari 2014 kerana saya mengambil cuti kursus sambilan . 

Beliau adalah Penghulu ( I ) Mukim Ulu Selama. Penghulu (II) Mukim Ulu Selama adalah Encik Azmi b. Ahmad. Semoga kerjasama berterusan.